Thursday, May 10, 2012

Living Quarters @ The Curve

Haritu dah datang IKEA, beli barang dan jalan-jalan cari makan. Kemudian datang lagi sekali ke sini sebab ada je si pae comel ni nak beli barang keperluan rumah dan bayi. Saya ni driver je kan..so menurut perintah je la hahaha...


Tapi kali ni beli barang simple je di IKEA, kemudian banyak masa di habiskan di The Curve. Masa jalan-jalan di tingkat atas ternampak la kedai Living Quarters. Tak pernah serbu lagi kedai ni...so jom kite serbu! :D


Barang dan perabot di sini cun, harga pun cun. Almari lepas 50% diskaun pun RM5k hahaha...orang penang kalau mai kedai ni mesti kata ' tu diaa aiihh! mahai nak mampuih! ' :))


Oleh kerana kedainye besar so kitorg berjalan la sampai ke hujung. Skali ternampak sofa cantik yang sangat kene dengan konsep rumah kitorang. Bila tanya akak cashier, dia kata harga RM1200 untuk sofa 1+2+3 ni. Eh biar betul? Kat depan tadi mahai nak mampuih tapi yang ni murah gila. Di bawah ni gamba sofa yang dimaksudkan :















Masa ni mata pae comel dah bersinar-sinar dah, terasa nak jual je sofa di rumah dan amik yang ni. Akak cashier tu kata nanti nak check balik dengan supplier sebab sofa ni dah lama di sini, mungkin boleh minta yang baru. Kitorang pun ok la kan...tapi selang beberapa hari tak dapat juga contact dengan supplier last2 dapat juga contact, kemudian supplier kata harganya RM6k untuk complete set, lepas diskaun RM3k. Eh? haritu kata RM1200 je tapi kali ni RM3k plak? Masa ni perkataan yang sesuai untuk Living Quarters adalah = Haram Jadah  :)) hahaha


But nevermind...its ok. Kitorang ni cerdik. Gambar pun dah ada kan...so selang 1-2 minggu kitorang pergi la ke kilang sofa di Sg Buloh. Masa pergi kilang tu dah siap print dah gambar di atas, pelan illustrasi sofa L shape dengan ukuran yang sesuai untuk rumah kitorang (Konsep sofa dilukis guna adobe illustrator dan autocad, kelas woo heheh). Berdasarkan idea sofa di atas dengan warna purple yang hampir sama, kitorang dapat sofa L shape dengan harga RM1700. Lagi puas hati, custom design sofa tu :D


Kesimpulan kali ni...barangan di Living Quarters tu ok, menarik semuanya cuma kes yang kitorang kene ni mungkin jarang berlaku. Tapi takpe la..benda dah terjadi kan? Next time akan saya tulis pasal pengalaman makan malam lepas masuk kedai Living Quarters nie.


Mohamad Ezal Abdul Razak
10-5-12.

1 comment: