Monday, March 27, 2017

Biar betul shopping mall ni?

Uish lama betul tak update di blog ni, dekat 5 tahun beb. Dalam 5 tahun ni apa la yang aku buat sangat pun, mungkin sibuk anak pertama lahir tahun 2012, kemudian anak kedua pula muncul, terus takda masa nak menulis di sini.

Sebenarnya ada banyak nak buat coretan di sini, pergi sana sini dah tentu kita nampak benda yang bagus dan yang tak disekeliling kita. Oleh sebab pengalaman2 lalu banyak dah lupa jadi nak menulis serba sedikit tentang pengalaman keluar makan bersama keluarga di sunway velocity.

Shopping mall ni bukan jauh mana pun dari umah aku. Dekat je, nak joging ke sini pun boleh. Biasanya aku beli barang di aeon taman maluri cuma 200meter sahaja dari sunway velocity. Ni mungkin kerana si isteri asyik dok ngajak kan...so nak tak nak kene la juga bawak si dia ke shopping mall baru ni.

Dari jauh memang nampak cantik, masuk parking underground, ada banyak parking space, boleh guna Touch N Go, dll. Overall dalam hal ni ok takda masalah.

Bila masuk dalam kawasan shopping, nampak cantik la juga sunway velocity ni. Luas, banyak kedai, restoran dll. Pelan kitorang nak datang makan di sini jadi kitorang pun naik la ke tingkat atas sebab di atas pun ada restoran juga. Di lower ground dah sesak semacam, semua restoran penuh.

Alkisahnya bila dah makan di tingkat atas, nak kena cari surau pula kang terlepas waktu solat. Dari tingkat atas baru perasan ada benda yang pelik. Nak ke level lower ground (LG) cuma ada 1 sahaja escalator ke bawah. Patut la masa sampai tadi nampak ramai semacam di LG, ntah2 diorang tak jumpa escalator untuk naik ke atas!

Kemudian selepas puas mencari surau di shopping mall yang besar tu, akhirnya jumpa la juga sebuah surau kecil di tingkat LG tu. Kat sini orang pun ramai, sampai nak masuk/buka pintu pun susah. Rupa-rupanya tempat ambil wuduk betul-betul sebelah pintu masuk surau lelaki tu. Yang paling mengejutkan, cuma ada 2 je pili air untuk ambil wuduk!

Cuba bayangkan kalau waktu maghrib di mana kita ada 70 minit sahaja waktu solat, andaikata ada 300 lelaki yang bersolat di situ macam mana? purata seorang ambil wuduk 1 minit, ada 2 paip sahaja maknanya 150 minit diperlukan untuk 300 orang ambil wuduk.

Kalau pihak pengurusan baca blog ni bagus juga, mungkin mereka semua bukan muslim jadi mereka tak kisah sangat bab surau, janji ada disediakan walaupun saiznya sangat kecil. Atau pihak pengurusan sunway velocity ada yang muslim tapi mereka boleh solat di pejabat jadi tak perlu bersesak-sesak di surau ini. Atau mungkin juga pihak pengurusan ni muslim tapi jenis tak solat. Yang jenis ni aku no komen.

Jadi kepada orang muslim di luar sana yang teringin nak ke sunway velocity, atau yang nak jalan-jalan bersama keluarga ke shopping mall ni, saya nasihatkan solatlah dulu di tempat lain.


No comments:

Post a Comment