Monday, May 21, 2012

IKOFX Dinner 2012

Pada bulan Mei ni genaplah 5 tahun saya berkecimpung dalam dunia forex. Bagi saya forex ini seni, naik dan turun graf adalah lumrah sama seperti kehidupan kita. Pada mulanya memang terasa susah tapi lama-kelamaan kejayaan yang akan menanti dan secara tak langsung kita boleh menganalisis graf dengan baik.

Sehingga kini hasil dari forex tak kurang dari rm10k, jika termasuk dengan hasil jadi salah seorang official supporter di Malaysia, percutian dan makan minum rasanya sudah lebih rm20k. Jumlahnya tak banyak mana tapi boleh la kan hehehe..


Baru-baru ini pihak IKOFX mengadakan majlis tahunan di Malaysia dan buat pertama kalinya saya membawa isteri ke majlis makan malam ni (Kalau taknak bawa pun mesti dia nak ikut punye jadi baik bawak :p ). Tempat berlangsungnya di Hotel Saujana berdekatan dengan Lapangan Terbang Subang. Kira okay jugalah tempatnya sebab tak pernah lagi sampai ke hotel ni. 


Majlis ini sebenarnya untuk memberi hadiah kepada para pemenang pertandingan IKOFX sepanjang 2011-2012. Hadiah utamanya sebenarnya adalah lucky draw, kereta Nissan Fairlady 370z tu ! mantap habis! tapi pemenangnya tiada di sini, dia ada di Dubai jadi kereta pun akan diberi di sana. Pemenang bertuah yang kedua akan membawa pulang Ford Fiesta :















Kereta ni dapat kepada rakan baik saya, pijoe. Tahniah kepada dia :D
(Dengar-dengar dia nak jual kereta ni, ntah berapa harga dia nak jual ntah)














Untuk memeriahkan lagi majlis saya telah dipanggil untuk memberi penerangan mengenai kelas forex yang telah saya jalankan selama lebih 2 tahun. Berucap di hadapan 500 orang sedikit sebanyak memberi saya self confidence dalam bidang ni hehehe...















Gambar bersama pae comel. Sebelum majlis nampak dia agak pucat...lepas nampak buffet di depan dewan terus dia nampak ceria...boleh makan sepuas hati ! Dari segi makanan bagi saya biasa je tapi dessert memang sedap :D














Perkara yang paling tak sangka ialah saya memenangi salah satu hadiah cabutan bertuah...yeayy! dah lama tak menang cabutan bertuah. Dapat GPS Papago ! :D Walaupun ini adalah hadiah paling kecil dalam majlis tersebut tapi sekurang-kurangnya takda la saya balik ke rumah dengan tangan kosong.















Inilah rupa GPS tu. Oleh kerana saya tak memerlukan GPS ni jadi saya telah iklankan di internet. Sekejap je dapat jual dengan harga RM300. Duit tu boleh cover balik poket yang dah kering selepas banyak membeli perabot rumah/jalan2 bersame wife.


Harap next year ada lagi majlis IKOFX ni (mana la tau boleh menang hadiah lagi besar hehehe...)


Mohamad Ezal Abdul Razak
22-5-12
.

No comments:

Post a Comment