Monday, May 21, 2012

IKOFX Dinner 2012

Pada bulan Mei ni genaplah 5 tahun saya berkecimpung dalam dunia forex. Bagi saya forex ini seni, naik dan turun graf adalah lumrah sama seperti kehidupan kita. Pada mulanya memang terasa susah tapi lama-kelamaan kejayaan yang akan menanti dan secara tak langsung kita boleh menganalisis graf dengan baik.

Sehingga kini hasil dari forex tak kurang dari rm10k, jika termasuk dengan hasil jadi salah seorang official supporter di Malaysia, percutian dan makan minum rasanya sudah lebih rm20k. Jumlahnya tak banyak mana tapi boleh la kan hehehe..


Baru-baru ini pihak IKOFX mengadakan majlis tahunan di Malaysia dan buat pertama kalinya saya membawa isteri ke majlis makan malam ni (Kalau taknak bawa pun mesti dia nak ikut punye jadi baik bawak :p ). Tempat berlangsungnya di Hotel Saujana berdekatan dengan Lapangan Terbang Subang. Kira okay jugalah tempatnya sebab tak pernah lagi sampai ke hotel ni. 


Majlis ini sebenarnya untuk memberi hadiah kepada para pemenang pertandingan IKOFX sepanjang 2011-2012. Hadiah utamanya sebenarnya adalah lucky draw, kereta Nissan Fairlady 370z tu ! mantap habis! tapi pemenangnya tiada di sini, dia ada di Dubai jadi kereta pun akan diberi di sana. Pemenang bertuah yang kedua akan membawa pulang Ford Fiesta :















Kereta ni dapat kepada rakan baik saya, pijoe. Tahniah kepada dia :D
(Dengar-dengar dia nak jual kereta ni, ntah berapa harga dia nak jual ntah)














Untuk memeriahkan lagi majlis saya telah dipanggil untuk memberi penerangan mengenai kelas forex yang telah saya jalankan selama lebih 2 tahun. Berucap di hadapan 500 orang sedikit sebanyak memberi saya self confidence dalam bidang ni hehehe...















Gambar bersama pae comel. Sebelum majlis nampak dia agak pucat...lepas nampak buffet di depan dewan terus dia nampak ceria...boleh makan sepuas hati ! Dari segi makanan bagi saya biasa je tapi dessert memang sedap :D














Perkara yang paling tak sangka ialah saya memenangi salah satu hadiah cabutan bertuah...yeayy! dah lama tak menang cabutan bertuah. Dapat GPS Papago ! :D Walaupun ini adalah hadiah paling kecil dalam majlis tersebut tapi sekurang-kurangnya takda la saya balik ke rumah dengan tangan kosong.















Inilah rupa GPS tu. Oleh kerana saya tak memerlukan GPS ni jadi saya telah iklankan di internet. Sekejap je dapat jual dengan harga RM300. Duit tu boleh cover balik poket yang dah kering selepas banyak membeli perabot rumah/jalan2 bersame wife.


Harap next year ada lagi majlis IKOFX ni (mana la tau boleh menang hadiah lagi besar hehehe...)


Mohamad Ezal Abdul Razak
22-5-12
.

Thursday, May 17, 2012

Restoran Al Salam

Rasanya macam dah banyak kali beli voucher dari Groupon, bila ternampak voucher yang menarik masa tu mula la rasa nak beli. Akhirnya 'terbeli' la voucher nasik arab ni, sebab teringin pulak nak merasa makanan Arab. Kemudian saya dan pae comel ke Restoran Al-Salam di Jalan Genting Kelang, tak la jauh sangat dari rumah kami di Taman Maluri.


Ini pertama kali saya masuk ke kawasan ni, nampak macam baru sangat dengan semua kedai yang masih bersih lantai berkilat, di hadapan restoran pun boleh nampak apartment-apartment yang masih dalam pembinaan. Dari luar restoran ni nampak kecil, tapi bila masuk ke dalam rasa macam luas juga, boleh makan di tingkat bawah dan atas.















Kebiasaannya selepas beli voucher dari Groupon, kena call restoran untuk buat 'reservation'. Termasuk la juga restoran ni kitorang buat tempahan awal tapi bila kami sampai restoran sunyi je. Baik takyah call :P















Kami sampai tengahari tapi orang tak ramai, rasanya masa tu unta lagi ramai dalam restoran...hahaha















Dari segi hiasan restoran memang cantik, dan seterusnya nak merasa makanan tu sedap atau tak. Untuk pengetahuan semua, voucher ni dibeli dengan harga RM32.00 untuk 2 orang, harga termasuk appertiser, main dish, dessert dan minuman (boleh refill).






















Di atas ni adalah gambar makanan yang kami pilih, lamb mendy, shish awsal, mohallabiya, iced lemon tea, arabic tea, dan fattoush.















Gambar kenangan pun kene ambil juga hehehe. Boleh nampak kan semua makanan di atas? kalau tanpa voucher Groupon harga semuanya adalah RM127.00 tuuu...., kiranya kami dapat diskaun lebih 70%.


Conclusion : Secara overall saya bagi 2.5 bintang. Restoran cantik, layanan ok, tapi makanan just 'ok' saja. Appertiser yang diberi (puding), rasa macam sabun! haha...tak sangka puding tu rasa macam tu. Saya cadangkan kalau nak datang sini elok la datang masa promosi atau ada diskaun. Kalau makan 2 orang pun lebih RM100 baik makan di Hadramawt atau Al-Rawsha, di sana tempat lagi cantik dan makanan lagi sedap~


Mohamad Ezal Abdul Razak
18-5-12

Sunday, May 13, 2012

Bubba Gump Shrimp @ The Curve

Dah beberapa kali dah sebenarnya lalu depan restoran ni, mungkin sebab lampu neon nya sangat 'attractive', ala-ala 'american style' gitu. Jadi haritu dah taktau nak makan ape dah kat The Curve ni jadi kali ni kitorang nak try merasa makanan di Restoran Bubba Gump Shrimp Co.


Mula-mula masa masuk dalam restoran ni bagi saya konsepnya ok tapi baunya pelik, mungkin dah bercampur dengan pelbagai bau dengan daging yang dibakar di dapur, kemudian kitorang pun duduk luar je la, betul2 depan neon sign Bubba Gump.


Setakat ni tak pernah jumpa lagi restoran yang fokus kepada udang, dan restoran cuba membuatkan kelainan. Selain tu kalau nak panggil waiter kene pakai 'sign' yang diletakkan atas meja. Kalau Sign Merah 'Stop Forest Stop' maknanya kita nak waiter datang. Kalau 'Run Forest Run' takyah datang, jangan menyibuk di meja kami. Tetapi setelah order makanan walaupun atas meja kami tertera ' Run Forest Run', waiter tetap menyibuk datang ke meja kami. So baik takyah buat sign ni kan? buat nyemak je atas meja hahaha..



















Di atas ni gambar menu bebola udang, presentationnye menarik letak dalam surat khabar bersama tin aluminium. Rasa pun ok. Nampak tak sign Run Forest Run dalam gambar tu? buat nyemak meja je, konsep yang gagal hahaha..















Ini pula gambar bersama jus yang dipesan. Jus sedap dan paling best boleh refill :D


Oh ya sebelum terlupa, dalam menu restoran ni, kalau tak silap ada 4 column pada bahagian drinks. Hanya 1 saja yang ok (jus campuran), yang lain tu 3 column lagi ada alkohol. So kene jaga2 tau, jangan order sembarangan :) . 


Oleh sebab semuanya macam jus sahaja saya tanya pada waiter, takda ke hot drinks? hot tea? coffee? Kemudian waiter kata ada tapi tak letak dalam menu. WTH ??!! air mahal-mahal dan alkohol letak dalam menu tapi hot drinks takda plak? Ini restoran Bubba Gump atau Bab* Gampang ni? Hahaha...dari segi makanan ok tapi bab menu air ni nampak la kebodohan restoran ni agagagaga :P :P



















BBQ Chicken (di atas), memang sedap. Recomended by Ezal, profesional food critic :D


Conclusion ? kitorang makan berdua dan jumlah harga lebih RM100.00. Agak mahal...dan rasanya lepas ni malas dah nak datang sini lagi.

Mohamad Ezal Abdul Razak
14-5-12

Thursday, May 10, 2012

Living Quarters @ The Curve

Haritu dah datang IKEA, beli barang dan jalan-jalan cari makan. Kemudian datang lagi sekali ke sini sebab ada je si pae comel ni nak beli barang keperluan rumah dan bayi. Saya ni driver je kan..so menurut perintah je la hahaha...


Tapi kali ni beli barang simple je di IKEA, kemudian banyak masa di habiskan di The Curve. Masa jalan-jalan di tingkat atas ternampak la kedai Living Quarters. Tak pernah serbu lagi kedai ni...so jom kite serbu! :D


Barang dan perabot di sini cun, harga pun cun. Almari lepas 50% diskaun pun RM5k hahaha...orang penang kalau mai kedai ni mesti kata ' tu diaa aiihh! mahai nak mampuih! ' :))


Oleh kerana kedainye besar so kitorg berjalan la sampai ke hujung. Skali ternampak sofa cantik yang sangat kene dengan konsep rumah kitorang. Bila tanya akak cashier, dia kata harga RM1200 untuk sofa 1+2+3 ni. Eh biar betul? Kat depan tadi mahai nak mampuih tapi yang ni murah gila. Di bawah ni gamba sofa yang dimaksudkan :















Masa ni mata pae comel dah bersinar-sinar dah, terasa nak jual je sofa di rumah dan amik yang ni. Akak cashier tu kata nanti nak check balik dengan supplier sebab sofa ni dah lama di sini, mungkin boleh minta yang baru. Kitorang pun ok la kan...tapi selang beberapa hari tak dapat juga contact dengan supplier last2 dapat juga contact, kemudian supplier kata harganya RM6k untuk complete set, lepas diskaun RM3k. Eh? haritu kata RM1200 je tapi kali ni RM3k plak? Masa ni perkataan yang sesuai untuk Living Quarters adalah = Haram Jadah  :)) hahaha


But nevermind...its ok. Kitorang ni cerdik. Gambar pun dah ada kan...so selang 1-2 minggu kitorang pergi la ke kilang sofa di Sg Buloh. Masa pergi kilang tu dah siap print dah gambar di atas, pelan illustrasi sofa L shape dengan ukuran yang sesuai untuk rumah kitorang (Konsep sofa dilukis guna adobe illustrator dan autocad, kelas woo heheh). Berdasarkan idea sofa di atas dengan warna purple yang hampir sama, kitorang dapat sofa L shape dengan harga RM1700. Lagi puas hati, custom design sofa tu :D


Kesimpulan kali ni...barangan di Living Quarters tu ok, menarik semuanya cuma kes yang kitorang kene ni mungkin jarang berlaku. Tapi takpe la..benda dah terjadi kan? Next time akan saya tulis pasal pengalaman makan malam lepas masuk kedai Living Quarters nie.


Mohamad Ezal Abdul Razak
10-5-12.

Tuesday, May 8, 2012

Theobroma Chocolate Lounge & Macy

Sejak beberapa bulan lepas ada beberapa kali dah pegi serbu IKEA dengan pae comel. Ada je benda yang terasa nak beli...kononnye nanti dah ada baby susah nak kluar dah..haha...alasan sungguh :p


Jadi kitorang pergi la ke IKEA dan beli la beberapa barang. Barang-barang kecil biasanya takda masalah nak bawa pulang, cuma ada 1 cermin besar yang memang IKEA kene hantarkan ke rumah. Ops, caj penghantaran ke rumah agak mahal, RM65 tuu...kedai biasa caj paling mahal pun RM50 jek. Walaupun barang IKEA biasanya murah tapi dari segi caj penghantaran dan upah pasang agak mencekik leher hehehe...

Lepas penat bershopping di IKEA dan tentulah terasa nak cari makan. Setakat ni lepas gi IKEA kitorang dak makan di Nandos, Marche and a few more. Di bawah ni gambar masa beristirehat di Theobroma Chocolate Lounge :



















Ini kali kedua masuk ke restoran Chocolate, tak pernah makan pun...selalunya beli air saja sebab dalam menu nampak sedap. Tapi bila dah rasa memang puas hati la..hehehe ;)


Di bawah nie gamba pae comel...senyum je dia...(senyum sebab saya yang blanja dia minum) :p



















Dan ini saya punya....chocolate shake with ice cream....memang sedap...





















Dah kenyang dengan coklat....sambung jalan-jalan balik, tak habis ronda lagi di the curve n ikano. Kemudian nampak Macy Store tengah buat sale. Nampak barang-barangnya ok tapi walaupun dah diskaun separuh harga masih lagi terasa mahal. Mungkin sebab diorang sewa lot di sini mahal dan barangan import?ntah la...komen mahal la..itu la ini la..last2 terbeli jugak carpet dan curtain...hahaha...
















Di atas ni gambar dalam kedai Macy. Asalnye cantik je tapi nampak tak carpet yang bersepah tu? haa tu angkara kitorang la tu hahaha...


Di bawah ni gambar tengah membelek curtain mahal-mahal. Last2 kitorang beli curtain murah je :D
















Conclusion ? Try la merasa iced chocolate di restoran Theobroma Chocolate. Jika nak beli barang di Macy pastikan beli masa sale. Kalau takda sale memang seriyes mahal.


Nanti nak bercerita lagi pasal jalan-jalan di the curve n ikano (bersambung)...


mohamad ezal abdul razak
9.5.2012
.

The Loaf

Oleh kerana saya ni peminat roti, jadi di mana saja ada restoran yang 'speciality' nya adalah bakery memang akan saya serbu. Jadi restoran The Loaf antara yang paling saya suka, rasanya tak kurang dari 10 kali dah merasa roti-roti di The Loaf Pavilion, cuma kali ni nak cerita sket apa yang ada di The Loaf Bistro.


The Loaf Bistro agak berbeza sebab menunya lebih kepada 'dining experience', maknanya kalau makan sini pasti sukar melupakan pengalaman tersebut. Hahaha betul ke sampai macam tu skali? Di bawah ni saya letak gambar2 yang berjaye di 'snap' :














Gambar di The Loaf Bistro, dan itu isteri saya (Pae Comel). Boleh nampak kan restoran ni sunyi sepi, nak makan sambil baring pun boleh..hahaha..


Dan di bawah ni gambar saya, dengan Cube 60 (kopi dengan ais yang disejukkan pada -60 celcius). Ntah betul ke tidak, tak beku pun lidah masa minum, kemudian tak la sedap mana hahaha...



















So..air yang diminta tak sedap...takpela...tengok pula air kedua, recommended by waiter, air serai...peh! lagi tak sedap hahaha (gambar separuh hitam sebab lepas rasa air ni berpinar mata) :))



















Kopi ais dah rasa, air serai pun dah rasa. Skang nak rasa menu utama. Di bawah ni namanya Salmon Oelek. Jarang nak jumpa menu macam ni, salmon ada rasa pedas2 dengan nasi goreng gajus.

*Presentation wise bagus, rasa pun sedap ;)














Dan di bawah ni Meatball Pasta. Rasanya biasa saja. Presentation out...boleh nampak kuahnya meleleh di tepi. Kesimpulannya ini adalah menu yang gagal :D














Akhir skali, Chocolate Cake sebagai dessert. Menu ni ok...sedap ;)














Secara overall saya tak berapa galakkan anda merasa The Loaf Bistro, mungkin ada banyak lagi yang perlu diperbaiki. Tapi The Loaf Bakery memang ok sebab harganya lebih murah. Harga untuk beberapa makanan di atas + cukai lebih kurang RM120.00. Agak mahal kan untuk 2 orang? baik pergi ke restoran-restoran lain yang banyak lagi boleh dijadikan pilihan di Pavilion KL.


Info lanjut mengenai the loaf boleh layari di sini ==> The Loaf

mohamad ezal abdul razak 
8-5-12
.

Sunday, May 6, 2012

2nd Post? Haah betul...ini 2nd post harharhar...

Dulu kononnya nak buat blog baru, nak cerita pasal life sendiri la. Last2 habih plan semua tak jadi bz macam2. So ok la..skang ni rasa macam minat pula nak tulis di sini memandangkan blog dah ada kan. Nak cerita pasal being a good husband, menjaga isteri tercomel yang bakal melahirkan anak tercomel, dan nak bercerita pasal aktiviti harian aku.


Hmm..taktau plak bila akan muncul 3rd post haha...ok la..nanti nak tulis a few words ;)