Thursday, May 17, 2012

Restoran Al Salam

Rasanya macam dah banyak kali beli voucher dari Groupon, bila ternampak voucher yang menarik masa tu mula la rasa nak beli. Akhirnya 'terbeli' la voucher nasik arab ni, sebab teringin pulak nak merasa makanan Arab. Kemudian saya dan pae comel ke Restoran Al-Salam di Jalan Genting Kelang, tak la jauh sangat dari rumah kami di Taman Maluri.


Ini pertama kali saya masuk ke kawasan ni, nampak macam baru sangat dengan semua kedai yang masih bersih lantai berkilat, di hadapan restoran pun boleh nampak apartment-apartment yang masih dalam pembinaan. Dari luar restoran ni nampak kecil, tapi bila masuk ke dalam rasa macam luas juga, boleh makan di tingkat bawah dan atas.















Kebiasaannya selepas beli voucher dari Groupon, kena call restoran untuk buat 'reservation'. Termasuk la juga restoran ni kitorang buat tempahan awal tapi bila kami sampai restoran sunyi je. Baik takyah call :P















Kami sampai tengahari tapi orang tak ramai, rasanya masa tu unta lagi ramai dalam restoran...hahaha















Dari segi hiasan restoran memang cantik, dan seterusnya nak merasa makanan tu sedap atau tak. Untuk pengetahuan semua, voucher ni dibeli dengan harga RM32.00 untuk 2 orang, harga termasuk appertiser, main dish, dessert dan minuman (boleh refill).






















Di atas ni adalah gambar makanan yang kami pilih, lamb mendy, shish awsal, mohallabiya, iced lemon tea, arabic tea, dan fattoush.















Gambar kenangan pun kene ambil juga hehehe. Boleh nampak kan semua makanan di atas? kalau tanpa voucher Groupon harga semuanya adalah RM127.00 tuuu...., kiranya kami dapat diskaun lebih 70%.


Conclusion : Secara overall saya bagi 2.5 bintang. Restoran cantik, layanan ok, tapi makanan just 'ok' saja. Appertiser yang diberi (puding), rasa macam sabun! haha...tak sangka puding tu rasa macam tu. Saya cadangkan kalau nak datang sini elok la datang masa promosi atau ada diskaun. Kalau makan 2 orang pun lebih RM100 baik makan di Hadramawt atau Al-Rawsha, di sana tempat lagi cantik dan makanan lagi sedap~


Mohamad Ezal Abdul Razak
18-5-12

1 comment:

  1. Eh, haritu kata puding tu rasa syampoo? lebih kurang la yer, syampoo ngan sabun :p

    ReplyDelete