Tuesday, May 8, 2012

The Loaf

Oleh kerana saya ni peminat roti, jadi di mana saja ada restoran yang 'speciality' nya adalah bakery memang akan saya serbu. Jadi restoran The Loaf antara yang paling saya suka, rasanya tak kurang dari 10 kali dah merasa roti-roti di The Loaf Pavilion, cuma kali ni nak cerita sket apa yang ada di The Loaf Bistro.


The Loaf Bistro agak berbeza sebab menunya lebih kepada 'dining experience', maknanya kalau makan sini pasti sukar melupakan pengalaman tersebut. Hahaha betul ke sampai macam tu skali? Di bawah ni saya letak gambar2 yang berjaye di 'snap' :














Gambar di The Loaf Bistro, dan itu isteri saya (Pae Comel). Boleh nampak kan restoran ni sunyi sepi, nak makan sambil baring pun boleh..hahaha..


Dan di bawah ni gambar saya, dengan Cube 60 (kopi dengan ais yang disejukkan pada -60 celcius). Ntah betul ke tidak, tak beku pun lidah masa minum, kemudian tak la sedap mana hahaha...



















So..air yang diminta tak sedap...takpela...tengok pula air kedua, recommended by waiter, air serai...peh! lagi tak sedap hahaha (gambar separuh hitam sebab lepas rasa air ni berpinar mata) :))



















Kopi ais dah rasa, air serai pun dah rasa. Skang nak rasa menu utama. Di bawah ni namanya Salmon Oelek. Jarang nak jumpa menu macam ni, salmon ada rasa pedas2 dengan nasi goreng gajus.

*Presentation wise bagus, rasa pun sedap ;)














Dan di bawah ni Meatball Pasta. Rasanya biasa saja. Presentation out...boleh nampak kuahnya meleleh di tepi. Kesimpulannya ini adalah menu yang gagal :D














Akhir skali, Chocolate Cake sebagai dessert. Menu ni ok...sedap ;)














Secara overall saya tak berapa galakkan anda merasa The Loaf Bistro, mungkin ada banyak lagi yang perlu diperbaiki. Tapi The Loaf Bakery memang ok sebab harganya lebih murah. Harga untuk beberapa makanan di atas + cukai lebih kurang RM120.00. Agak mahal kan untuk 2 orang? baik pergi ke restoran-restoran lain yang banyak lagi boleh dijadikan pilihan di Pavilion KL.


Info lanjut mengenai the loaf boleh layari di sini ==> The Loaf

mohamad ezal abdul razak 
8-5-12
.

No comments:

Post a Comment