Sunday, May 13, 2012

Bubba Gump Shrimp @ The Curve

Dah beberapa kali dah sebenarnya lalu depan restoran ni, mungkin sebab lampu neon nya sangat 'attractive', ala-ala 'american style' gitu. Jadi haritu dah taktau nak makan ape dah kat The Curve ni jadi kali ni kitorang nak try merasa makanan di Restoran Bubba Gump Shrimp Co.


Mula-mula masa masuk dalam restoran ni bagi saya konsepnya ok tapi baunya pelik, mungkin dah bercampur dengan pelbagai bau dengan daging yang dibakar di dapur, kemudian kitorang pun duduk luar je la, betul2 depan neon sign Bubba Gump.


Setakat ni tak pernah jumpa lagi restoran yang fokus kepada udang, dan restoran cuba membuatkan kelainan. Selain tu kalau nak panggil waiter kene pakai 'sign' yang diletakkan atas meja. Kalau Sign Merah 'Stop Forest Stop' maknanya kita nak waiter datang. Kalau 'Run Forest Run' takyah datang, jangan menyibuk di meja kami. Tetapi setelah order makanan walaupun atas meja kami tertera ' Run Forest Run', waiter tetap menyibuk datang ke meja kami. So baik takyah buat sign ni kan? buat nyemak je atas meja hahaha..



















Di atas ni gambar menu bebola udang, presentationnye menarik letak dalam surat khabar bersama tin aluminium. Rasa pun ok. Nampak tak sign Run Forest Run dalam gambar tu? buat nyemak meja je, konsep yang gagal hahaha..















Ini pula gambar bersama jus yang dipesan. Jus sedap dan paling best boleh refill :D


Oh ya sebelum terlupa, dalam menu restoran ni, kalau tak silap ada 4 column pada bahagian drinks. Hanya 1 saja yang ok (jus campuran), yang lain tu 3 column lagi ada alkohol. So kene jaga2 tau, jangan order sembarangan :) . 


Oleh sebab semuanya macam jus sahaja saya tanya pada waiter, takda ke hot drinks? hot tea? coffee? Kemudian waiter kata ada tapi tak letak dalam menu. WTH ??!! air mahal-mahal dan alkohol letak dalam menu tapi hot drinks takda plak? Ini restoran Bubba Gump atau Bab* Gampang ni? Hahaha...dari segi makanan ok tapi bab menu air ni nampak la kebodohan restoran ni agagagaga :P :P



















BBQ Chicken (di atas), memang sedap. Recomended by Ezal, profesional food critic :D


Conclusion ? kitorang makan berdua dan jumlah harga lebih RM100.00. Agak mahal...dan rasanya lepas ni malas dah nak datang sini lagi.

Mohamad Ezal Abdul Razak
14-5-12

No comments:

Post a Comment